Puasa Sunat & puasa ganti.
Setiap tahun ramai umat islam tak lepaskan peluang puasa sunat 6 syawal. Pahalanya menyamai puasa selama setahun. Untung kan. Besar sangat rahmat dan kasih sayang Allah kepada hamba2Nya.
Banyak ajaran yang disampaikan samada nak puasa sekali dengan puasa ganti atau asing. Selama aku belajar baru sekali seorang ustaz kata yang sunat tak boleh campur dengan yang wajib. Jadi kena habiskan ganti puasa baru boleh puasa sunat. Guru lain semua kata boleh. Jadi aku ambil ajaran majoriti.
Allah tidak pernah menyudahkan hambaNya. Secara logiknya pun elok la di sekalikan. Ibadah yang sama juga cuma bertindih niatnya dengan didahului niat puasa ganti. Lagipun haji dan umrah pun boleh sekali iaitu haji qiran. Sama je ibadahnya walaupun ia merupakan haji paling dhaif.
Sebaiknya memang la habiskan puasa ganti dulu baru puasa 6. Kalau perempuan yang periodnya lama kan ke susah. Dah period lama, nak kena ganti puasa banyak lak baru puasa 6. Macam tak sempat pun ada kan.
Pandai2lah buat keputusan. Allah tidak pernah menyusahkan hambaNya.


Ulasan
Catat Ulasan