Cendawan Pelanduk Susu.
Alhamdulillah selepas hantar Mak Njang, adik ipar mak balik Bagan Serai semalam aku dapat balik kampung ziarah mak abah. Jam 11.00 pagi aku bertolak dari rumah. Lebih kurang jam 12.30tengahari aku sampai rumah Mak Njang. Lebih kurang 4 jam perjalanan kami. Kami cuba berhenti sekejap di Hentian Rehat Simpang Pulai. Aku dah lapar sangat. Makan roti je.
Sampai Bagan Serai dekat jam 5.00petang. Lebih kurang 45minit aku bergerak balik kampung. 3jam perjalanan untuk aku sampai rumah mak abah. Alhamdulillah segalanya lancar dengan izin Allah walaupun mengantuk.
Paling seronok bila aku sampai abah keluar sambut aku. Terharu rasanya. Siap bukakan pintu lagi. Terima kasih abah.
Ada lagi yang 'best' kali ni. Rezeki aku rupanya. Ada cendawan pelanduk susu. Mak dah siap goreng. Tak pelawa sape2 pun aku makan. Hahaha... Dah sedap tak ingat orang lain. Badan letih2 dan mengantuk dapat lak makan masakan mak yang sedap.
Ni dah terjaga tengah malam aku jumpa lak sup sayur bubuh cendawan juga. Memang selesai la. Setahun sekali belum tentu dapat makan.

Ulasan
Catat Ulasan