Pernikahan Abang Asan.
Alhamdulillah akhirnya Abang San selamat diijabkabul pada hari Sabtu lepas, 24 Mei 2014 dengan sekali lafaz je.
Ramai yang mengiringi sebagai rombongan pengantin termasuk adik beradik mak abah, Pak Long, Cekri, Ateh, Angah Munah dan Angah Kasim. Jiran-jiran mak abah pun ikut sekali selain mak mertua kakak. Anak-anak aku je yang takde.
InsyaaAllah hari Sabtu depan majlis resepsi pula. Sekali lagi kami sekeluarga akan pergi ke Tanjung Karang.
Abang Asan & isteri selepas akad nikah.
Pengantin bergambar bersama kedua-dua ibu bapa.


Ulasan
Catat Ulasan