Akhirnya.

Malam ini Perdana Menteri Malaysia mengumumkan pesawat MH370 dipercayai mengakhiri penerbangan di Selatan Lautan Hindi, iaitu di sebelah barat Australia. Keputusan tersebut muktamad berdasarkan keputusan pakar satelite AAIB.

17 hari seluruh dunia menanti jawapan misteri kehilangan pesawat MH370. Akhirnya berita sedih yang diterima. Memang sedih tapi apakan daya manusia nak melawan takdir Illahi. Ketentuan Allah yang terbaik buat semua hambaNya. Banyak pengajaran yang mesti dipelajari dari nahas pesawat tersebut. Banyak juga pengajaran tersirat yang Allah sampaikan kepada umat Islan seluruh dunia.

Hanya kepada Allah kita meminta pertolongan, hanya kepada Allah kita berlindung dan hanya kepada Allah kita berserah.

Ulasan

Catatan Popular