Tahabek Kulaan.

Hari Isnin minggu lepas aku pergi ambik Mak Njang dan anak2 balik dari Bagan Serai. Rupanya mak Mak Njang sepupu arwah atok jantan. Patut la dulu arwah atok rajin juga balik perak. Rupanya kampung dia kat situ.

Aku pergi dengan mak je. Abah tak ikut sebab balik nanti kereta tak muat. Kalau tak salah hampir 25 tahun mak tak pergi Bagan Serai. Mak memang teringin sangat nak jumpa keluarga arwah atok kat situ. Kami tak lama di Bagan Serai. Lebih kurang 2 jam je.

Masa nak balik terjadilah babak tangis. Maksu la paling kuat nangis. Aku dengan Faridah mengekek gelak.

Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 3 jam. Sampai rumah mak ada Abang Zaky n Abang San yang tolong bawa turun Udin.

Dari kiri: Nenek, aku, maksu & mak.

Ulasan

Catatan Popular