Shopping & persiapan raya.
Setiap kali bualan puasa perkataan 'shopping' takkan lekang. Bulan ni la para peniaga berlumba mencari rezeki dari pelbagai jenis perniagaan. Aku juga tak lepas.
InsyaaAllah esok aku akan bawa mak membeli belah. Mak kata nak beli bahan buat kuih. Kali ni dia nekad nak buat kuih sebab tak jaga anak2 kakak macam tahun sebelumnya. Dia kata dia dah buat kuih gunting.
Baju lak mak abah dah beli sebelum raya masa beli langsir di Nilai. Mak beli 4 pasang sebab nak bagi menantu sekali.
Esok aku bawa mak shopping untuk kali pertama di bulan puasa ni. Sehari atau 2 hari nak raya belum tahu lagi siapa yang akan bawa mak. Antara aku, Abang San, Apai atau adik. Anak lain masing2 beraya di rumah mertua.
Langsir mak tinggal ombak 'scallop' je belum siap. Punya la jenuh nak dapat 'mood' yang baik nak siapkan langsir mak. Hati lega sebab dah siap yang rumitnya. Sekarang tengah jahit baju Zulaikha. Baju kakak belum jahit lagi maniknya. InsyaaAllah hari khamis aku nak jahit dan hari jumaat nak hantar kat dia. Jahitan sulaman benang baju Sabrina dah siap tapi hencot pencot. Takpe la budak lagi.
Mudah2an la lepas ni urusan aku di bulan puasa ni berjalan lancar dan aku dapat khatam Quran.


Ulasan
Catat Ulasan