Eidulfitri 1436H/2015M
Dah 9 hari eidulfitri tahun ni berlalu. Tahun ni agak panas ramadhannya. Selalu kering tekak. Ada sekali bibir kena mata ikan sebab kurang minum air. Alhamdulillah aku menjalani ibadah puasa dengan baik walau mengaji agak kalut.
3 hari sebelum hari raya aku dah balik kampung. Tahun ni aku dan adik2 saja di kampung beraya dengan mak abah. Mulanya aku sorang. Agak krlam kabut sebab banyak kerja. Mak abah dah kurang tenaganya. Mujur adik aku Apai balik malam khamis. Kurang kelam kabut kami pagi khamis tu. Dia yang beli ayam dan daging. Ayam siap potong. Selesai 3 perkara. Alhamdulillah.
Kali ni masak guna kayu api. Saje nak ubah citarasa. Alhamdulillah selesai dengan baik. Tapi panasnya Allah je yang tahu. Perit. Mak sampai baring di beranda dapur. Angin takde, cuaca sangat panas. Guna dapur kayu lagi, memang terbakar lemak2 di badan aku.
Malamnya baraan macam biasa. Lagi satu kelam kabaut. Tapi Allah ada membantu kami. Entah macamana kerja jadi mudah walau aku dan emak je buat kerja. Selalunya Abang San yanh tolong kemas. Kali ni mak sorang. Hidangan pun laju je aku atur.
Malam raya tu lepas baraan kaki aku sakit. Lutut aku pedih sangat. Aku sangka sebab terlalu banyak bergerak. Nak bengkok kaki azab rasanya. Aku gagahkan juga bangun pergi mandi dan solat. Masa mandi baru aku tahu kenapa kaki dan lutut aku sakit dan pedih sangat. Kesan dari aku jatuh pokok 2 hari sebelumnya. Alhamdulillah ada air gamat. Solat isyak & subuh aku masih lagi duduk di katil. Sedih solatku tidak sempurna.
Alhamdulillah siangnya kakiku semakin baik. Solat sunat eidulfitri dan dhuha kakiku dah boleh bengkok semula. Solatku kembali normal.
Hari raya pertama macam biasa tetamu ramai dari jiran tetangga. Petang je adik abah dari Angah Kasim datang dengan anak ke2 dan ketiga.
Malam raya kedua takde tetamu, jadi kami dapat rehat. Raya kedua dan ketiga tetamu ramai. Macam kenduri. Raya keempat baru la kami beraya di kampung. Tak banyak rumah kami pergi sebab dah dekat tengahari baru keluar.
Ulasan
Catat Ulasan