Menggamit Kenangan.

Malam semalam aku pergi ke rumah adik mak di Jitra. Kebetulan aku berada di Pulau Pinang. Lebih kurang sejam suku perjalanan aku dari Seberang Jaya ke Jitra melalui lebuhraya.

Mulanya aku nak jumpa Cik Dah di Baling tapi tak jadi. Macam2 kami rancang nak jumpa tapi semua batal. Entah macamana selepas solat maghrib gerak hati aku ke rumahnya. Aku terus bergerak ke sana.

Dah sampai Jitra aku ambil kesempatan jalan2 di sebahagian tempat yang menjadi kenangan semasa aku belajar di Polimas. Banyak perubahan. Bandar semakin pesat membangun. Aku kira ekonomi perniagaannya semakin meningkat.

Ulasan

Catatan Popular