'Outstation'
InsyaaAllah petang nanti aku akan keluar kawasan iaitu kw Pulau Pinang selama tiga minggu. Lama kan. Dah lama tak berurusan keluar lama macam tu.
Dah alang-alang ke Pulau Pinang pastinya aku akan mencari mi udang Sungai Dua yang sangat popular. Ada dua restoran yang memang top. Aur Gading dan Pak Ngah. Pak Ngah ni aku tak ingat samada aku pernah makan ke tak mi udangnya. Aur Gading memang pasti. Kali terakhir pada tahun 2006. 9 tahun dah berlalu.
Kemudahan dan semakin canggih sekarang ni kan. Aku cari maklumat dan lokasi restoran di internet. Kejap je jumpa. Alhamdulillah. Dah ke sana kena la bawa bekal ubat gatal @alahan. Udang kan. Besar lak tu udangnya. Tengok gambar je aku dah terasa manisnya udang-udang tu. Alahai. Tak sabarnya.
Aku dah rancang apa menu harian aku semasa di Pulau Pinang nanti. Terukkan aku. Makan je fikir.
Semoga Allah merahmati urusan aku dan kumpulan aku di sana serta perjalanan kami.
Ulasan
Catat Ulasan