Bertindak

Makin aku banyak berkata-kata makin banyak yang merapu keluar. Aku berusaha untuk berdiam. Diam itu lebih baik daripada berkata-kata sesuatu yang tidak berfaedah. Bukan senang nak buat. Macam-macam dugaan kena lawan.

Aku buat keputusan untuk mematikan akaun whatsapp aku yang aktif. Lebih banyak perkara tak berfaedah daripada yang berfaedah. Bergaduh juga ada.

Malam tadi aku nekad untuk bertindak kerana Allah Taala. Aku nak meninggalkannya kerana Allah. Aku nak menghindari daripada bercakap kosong. Aku hanya mengharap redha Allah.

Ampunkan dosa-dosaku ya Allah.

Ulasan

Catatan Popular