Bah @ banjir besar.

Bermula hujung tahun lepas Negeri Kelantan ditimpa musibah apabila berlakunya banjir besar selepas beberapa hari hujan lebat turun tanpa henti. Berikutan itu air dari Empangan Kenyir terpaksa dilepas. Ini menyebabkan berlakunya banjir besar di beberapa daerah di Kelantan dan Pahang. Selain itu di negeri lain seperti Perak, Perlis dan Johor juga mengalami banjir sehingga penduduk terpaksa dipindahkan.

Paling teruk banjir di Kuala Krai dan Manek Urai, Kelantan. Di Manek Urai terdapat sungai yang besar. Air sungai tersebut melimpah sehinggamenjadi banjir. Air sangat deras sehingga berlaku kerosakan teruk pada harta benda penduduk dan ada yang meninggal dunia.

Melihat bekas banjir macam bekas peninggalan perang pun ada. Sampah bersepah sana sini. Habuk dari lumpur yang sudah kering. Sadis sangat tengok keadaan di sana. Tak terkata hibanya.

Banyak iktibar yang perlu diambil. Setiap hari perli meneliti amalan harian. Adakah di dalam dosa atau sebaliknya. Setiap hari hidup terdedah dengan dosa. Solat taubatlah penghapusnya. Istighfar sebanyak yang boleh. Begitu juga zikir2 lain.

Allahuakbar. Apa agaknya punca Allah turunkan musibah sebegitu teruk. Semoga muslimin dan muslimat mendapat taufiq dan hidayah Allah.

Ulasan

Catatan Popular