Eidulfitri 1435

Hampir 2 bulan aku tak meluah isi hati disini. Bulan puasa langsung aku takde mood nak menjengah kesini.

Puasa tahun ni agak panas berbanding tahun2 sebelumnya. Mood malas pun menjadi2. Buat apa pun malas. Mengaji pun macam siput. Pergi ke masjid sekali je. Takpe la. Perempuan lebih afdhal solat di rumah.

Tahun ni cuma anak2 aku & Abang San yang takde dirumah mak di hari raya pertama. Dia kena kerja. Isterinya beraya di rumah ibubapa dia di Tanjung Karang.

Aku balik kampung malam minggu iaitu selepas solat maghrib. Sempat juga aku buat kuah kacang dan anyam ketupat. Entah kenapa tahun ni kuah kacang aku takde rasa. Sampai kampung mak pula baiki rasanya. Lepas tu kakak. Akhirnya 3 tangan baru elok rasanya.

Memang sedih anak takde dengan aku tapi aku redha dengan takdir Allah. Allah lebih mengetahui apa yang ditentukanNya. Insan terpilih je yang Allah pilih untuk diberikan ujian tau. Pastinya yang Allah sayang je.

Macam biasa blok abah akan mula baraan malam raya. Atas permintaan jiran, tahun ni di rumah abah buat tahlil. Takbir takde lak. Abah lupa kot.

Raya kali ni aku curi tulang sikit. Mak dah ada menantu perempuan yang boleh tahan ligatnya. Aku bermalas2an je la. Penat kan.

Ulasan

Catatan Popular