Selesai.
Alhamdulillah majlis resepsi Abang San dah pun selesai pada ahad lepas. Syukur atas rahmat Allah.
Walaupun agak kelam kabut, segalanya berjalan lancar dengan izin Allah. Rezeki kami juga tiba2 muncul dari pelbagai sudut. Alhamdulullah.
Kali ni ramai tetamu dari luar. Kawan2 kami sekeluarga, saudara mara dan jiran tetangga.
Dah selesai majlis kami sekeluarga gotong royong berkemas pula. Kakak, Shakir, Shafiq & Adreana tak balik. Mereka tolong berkemas juga. Tak sangka Shafiq & Shakir tak kekok dan pandai buat kerja berat. Alhamdulillah makin matang anak buah berdua tu.
Petang semalam aku hantar Shafiq & Shakir. Sebelum maghrib sampai Puncak Alam sebab mereka nak pergi masjid. Seronok masjid dekat. Senang nak pergi solat berjemaah.
Ulasan
Catat Ulasan