Persandingan Abang Asan.
Alhamdulillah selesai sudah majlis perkahwinan Abang Asan pada hari Sabtu lepas, 31 Mei 2014. Abang Zaky, Adik Epiey & anak2 aku je yang tak dapat turut serta.
Selepas tamat kursus haji aku terus pergi ke Tanjung Karang. Mujur telefon aku ada maps, boleh lalu jalan dalam untuk elak kesesakan yang agak panjang. Kalau tak jenuh juga merangkak.
Aku sempat sampai di masjid sebelum rombongan bergerak ke rumah pengantin. Rupanya kami diiringi kumpulan motor besar. Bagus juga buat macam tu. Senang nak melintas jalan besar.
Abah senyum sokmo Abang Asan dah selamat mendirikan rumah tangga. Jenuh juga tunggu.
Pengantin bersama pengapit. Pengapit lelaki tu adik aku Apai. Bujang lagi & masih mencari.
Gambar kenangan kami sekeluarga. 4orang je takde.
Ulasan
Catat Ulasan