Visa Umrah.
Khabarnya mulai tahun ini kerajaan Arab Saudi mengetatkan lagi proses urusan visa umrah. Undang2 diperketatkan demi kebaikan umat Islam. Pada pengamatan aku banyak kebaikannya.
Alhamdulillah urusan umrah aku selesai dengan lancar dan baik sekali. Selepas 2 minggu aku balik, aku terima berita kerajaan Arab Saudi bekukan serta merta buat sementara visa umrah bagi jemaah berumur lebih 70 tahun. Ini disebabkan penyakit MERS.
Sekarang ni pula visa umrah semakin disekat. Mungkin sebab proses pembesaran masjid dan cuaca yang panas. Ada juga aku dengar bulan puasa ni visa umrah sangat terhad. Ramai yang tak dapat visa.
Hanya Allah perancang dan penentu terbaik.
Ulasan
Catat Ulasan