Rindu Yang Amat Sangat.

Semakin hari semakin kuat rindu aku pada kedua2 tanah haram, Makkah Al-Mukarramah dan Medina Al-Munawarah. Disitu terletaknya pusat bumi iaitu qiblat seluruh umat islam dan di situ juga tanah tumpah darah junjungan Nabi Muhammad SAW. Selain itu di situ juga tempat bersemayam Kekasih Allah, Rasulullah SAW.

Tiada tempat yang lebih menarik dan seronok selain kedua2 tempat tersebut. Walaupun kawasan padang pasir dan panas, namun kedamaiannya tak terungkap dengan kata2. Betapa selesanya berada di sana. Betapa nikmatnya rahmat Allah di bumi suci itu.

Semoga Allah menjemput aku ke tanah haram itu setiap tahun. Aamiiin,,, aminn,, aminn ya rabbal alamiiin....

Kaabah=Kiblat Umat Islam Seluruh Dunia.

Suasana di Masjid Nabawi selepas solat fardhu.

Ulasan

Catatan Popular