Berkabung.

Siang tadi Sultan Perak, Sultan Azlan Shah mangkat di IJN, KL. Almarhum mangkat di usia 86 tahun. Wajahnya nampak muda dari usia.

Serta merta majoriti siaran TV menyiarkn bacaan Al-Quran. Bendera di turunkan separuh tiang sebagai tanda berkabung. Selain itu rakyat Malaysia disarankan berkabung dengan pakaian hitam selama 100 hari. Lama tu. Lelaki kena pakai songkok hitam lilit putih. Makanakala perempuan kena pakai tudung hitam.

Teringat pula aku selepas kematian Sultan Selangor pada tahun 1990an. Masa tu aku masih bersekolah rendah. Serta merta pelajar perempuan tukar tudung dari putih kepada hitam pelajar lelaki memakai songkok hitam berlilit putih.

Dalam Islam berkabung hanya disyariatkan kepada yang kematian suami. Isteri wajib berkabung sepanjang tempoh edahnya iaitu selama 4 bulan 10 hari. Dalam tempoh tersebut wanita berkenaan diharamkan berwangian dan berhias walaupun dengan sabun mandi. Mandi sekadar menghilangkan bau busuk saja.

Selain itu balu juga tidak boleh keluar rumah kecuali dengan urusan yang sangat mustahak seperti sakit yang memerlukan ke hospital atau terpaksa bekerja.

Ulasan

Catatan Popular