Raudhah.

Taman syurga @Raudhah merupakan satu2nya tempat dimana doa yang tidak ditapis. Disini terletaknya kubur Rasulullah SAW dan 2 orang sahabat iaitu, Umar Al-Khatab dan Abu Bakar As-Siddiq.

Awalnya aku tak kisah kalau tak dapat ke Raudhah tapi bila diterangkan wajib ke raudhah iaitu menziarah Rasullulah SAW. Akhirnya aku gagahkan juga. Mungkin awalnya aku terlalu penat hingga tiada rasa apa2. Aku dapat masuk ke taman syurga itu dengan baik. Aku dapat solat dan berdoa hingga selesai tanpa dihalau. Alhamdulillah.

Malam esoknya aku pergi berdua dengan mak. Kali ni hati aku benar2 tersentuh. Pilu sangat. Aku sangat terharu dengan jemputan Allah. Aku dapat solat dan berdoa dengan baik dan tenang. Tanpa disedari air mata aku mengalir dengan sendirinya.

Kali ketiga aku masuk ke raudhah sebagai ziarah wada' @ mengucapkan selamat tinggal kepada Rasulullah SAW. Sedih sangat. Belum puas menziarah Kekasih Allah. Semoga aku dijemput ke sana lagi.

Ulasan

Catatan Popular