Catuan Air.

Bermula tahun lepas, SYABAS dah banyak kali mencatu air. Kadang2 kecik kadang2 takde langsung air. Kesian mereka yang ramai anak, dalam pantang, berniaga dan lain2. Memang menyusahkan. Hari2 hujan lebat pun catu juga. Macam2 alasan diberi. Sekarang ni pula katanya kerajaan negeri yang catu. Pelik juga kenapa kerajaan negeri sedangkan pengurusan air diuruskan oleh SYABAS.

Sekarang giliran kawasan kediaman aku pula kena catuan air. Ini merupakan kali pertama aku terlibat. Peringkat awal aku takde kat rumah kerana menunaikan umrah. Tapi bila balik sakit jiwa juga aku dibuatnya. Mana taknya baju banyak nak basuh, air pula takde. Boleh bertahi lalat pakaian aku.

Esoknya jam 2.00pagi baru aku dapat basuh pakaian aku. 4 kali basuh juga la baru selesai.

Dah ada air aku jadi kelam kabut. Tak boleh ada pakaian kotor. Terus je nak basuh. Takut air mati. Naik bengong aku dibuatnya. Kalau selang sehari senang orang nak merancang. Ini 2 hari ada air 2 hari lagi takde air. Kan ke susah tu. Nak simpan air banyak bukannya senang. Nak bekas besar dan banyak. Jadinya rumah penuh dengan bekas air je. Tak tahu la apa fikiran pihak yang bertanggungjawab.

Ulasan

Catatan Popular