Umrah.
Alhamdulillah aku dapat menunaikan 4 kali umrah semasa berada di Tanah Suci Makkah Al-Mukarramah. Umrah wajib aku laksanakan dalam keadaan yang sangat penat. Fikiran aku juga tidak dapat ditumpukan 100 kepada umrah. Kaki aku sangat sakit. Belum hilang penat dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Madinah, ditambah dengan terkejar2 masa nak Masjid Nabawi dan perjalanan dari Madinah ke Mekah yang memang memenatkan.
Semasa dalam perjalanan dari Madinah ke Mekah aku tidak dapat tidur kerana ada yang berborak terlalu kuat hingga menggangu tidur aku dan zikir aku. Dah tak boleh tidur aku cuba berzikir. Tersasul2 juga. Dah la batuk.
Selepas selesai umrah pertama, keesokan harinya aku demam & batuk. Memang x boleh berjalan macam biasa. Aku hanya bangun untuk makan, solat dan ke bilik air. Aku hanya solat duduk di dalam bilik je sebab tak mampu berdiri sempurna.
Syukur Alhamdulillah esoknya aku mulai sembuh dan boleh berjalan semula.
Ulasan
Catat Ulasan