Musibah, bala dan hidayah.

Alhamdulillah beberapa hari lepas Allah turunkan hujan. Jerebu mula berkurangan selepas 2 hari. Pemandangan juga semakin baik dan cerah.

Beberapa ujian dan bala Allah turunkan kepada Malaysia. Jerebu, kebakaran, denggi, kehilangan kapal terbang dan sebagainya. Umat Islam tak boleh menganggap semua itu bala ujian dan bala semata-mata. Itu semua merupakan hidayah juga. Selama ini umat Islam jauh dengan Allah. Ramai juga yang melupakan Allah. Bila Allah turunkan musibah barulah hamba-hambaNya kembali mengingatiNya. Barulah nak solat, bersedekah dan buat baik. Hidayah la tu kalau kembali taat perintah Allah. Kalau masih dengan perkara lagha tu yang bala.

Sepatutnya kita bersyukur atas musibah yang berlaku. Hampir semua surau dan masjid mengadakan solat hajat dan berdoa kepada Allah setiap hari. Malahan bukan sekali. Sekurang-kurangnya 2 kali. Cuma adakah solat hajat itu didahului dengan solat sunat taubat dan istighfar? Marilah kita beramai-ramai perbanyakkan beristighfar dan sentiasa basahlan lidah dengan zikrullah. Mudah-mudahan Allah merahmati kita.

Ulasan

Catatan Popular