MH380
2jam 15 minit lagi genap 5 hari 5 malam atau 128 jam MH370 hilang dari radar. MH370 dilaporkan hilang dari radar selepas 2 jam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA) menuju ke Beijing.
Awalnya ramai yang mengatakan ia terhempas di Laut China Selatan. Salah seorang kapten kapal tentera laut Vietnam menyatakan kapal terbang tersebut terhempas dan mempunyai rakaman kejadian tersebut.
Setiap hari berita mengenainya berubah2 dan pelbagai cerita yang timbul. Akhirnya aku merasakan kapal tetbang tersebut tidak terhempas dan ada sesuatu yang berlaku.
Perkiraan paling mudah adalah semua yang berlaku adalah qada' dan qadar Allah yang terlalu dalam maksud tersiratnya. Sebagai umat Islam yang beriman dengan dengan 6 rukun iman pasti redha, tenang, berusaha, berdoa dan bertawakal dengan apa yang berlaku. Allah menyuruh hamba2Nya kembali mengingatiNya dan bertaubt kepadaNya sebelum terlambat. Tanda2 kiamat semakin banyak. Dunia semakin berakhir.
Semoga isi MH370 berada ditempat yang paling baik disisi Allah. Banyak perkara yang perly difikirkan oleh umat Islam sejagat.
Ulasan
Catat Ulasan