35° celcius, jerebu dan hujan.

Sebelum ni cuaca agak panas dan kering sehingga banyak tempat terbakar. Selain itu doktor juga menasihatkan orang ramai supaya berhati2 dalam bab pemakanan dan aktiviti luar. Cuaca yang sangat panas boleh menyebabkan strok haba. Ia boleh membawa maut.

Suhu maksima yang aku dapati adalah 35°celcius. Memang kena minum air masak banyak dan makan buah banyak air lebih dari biasa. Itupun kadang2 tak masih kering lidah.

Sejak hari ahad pula jerebu di kawadan Lembah Klang sehingga mencatat IPU tidak sihat. Hari ahad seharian aku dirumah. Malam baru keluar. Jadinya tak nampak la jerebu. Hari Isnin baru nampak.

Cuaca dah panas 'mood' malas aku pun datang la. Malas nak buat kerja2 rumah. Masak pun sama.

Alhamdulillah petang isnin Allah turunkan hujan. Lebat juga. Syukur Allah masih memberi nikmatNya walaupun bahang panas masih terasa.

Ulasan

Catatan Popular