Mak @ Ibu @ Bonda

Saat ni aku rasa terlalu rindukan mak abah aku. Rasa sayang sangat.

Jasa dan pengorbanan mereka takkan terbalas dengan apa cara sekalipun. Aku taknak kenang jasa mereka sebab aku tak tahan merasakan peritnya kepayahan yang mereka lalui. Aku pula anak yang sangat degil. Mesti sakit sangat hati mak abah dengan pelbagai perkara yang aku dah buat.

Mak abah maafkan semua kesalahan kakwa pada mak abah.

Ya, Allah ampunkanlah dosa2 ibubapaku. Hindarilah api neraka dari mengenai mereka. Masukkanlah mereka ke syurgamu tanpa hisab dengan cara yang paling cepat. Janganlah kau palitkan dosa2ku kepada mereka. Janganlah kau aibkan mereka kerana dosa2ku.

Amin ya rabbal alamin.

Ulasan

Catatan Popular