Duhai Hati

Organ yang paling sukar dijaga adalah hati. Hati mempunyai macam-macam rasa. Ada rasa gembira, sedih, kecewa dan macam-macam lagi.

Entah kenapa beberapa minggu kebelakangan ni hati, jiwa dan fikiran aku tak tenteram. Aku tak tahu apa yang aku rasa dan fikirkan.

Jadinya untuk menenangkannya aku ambil keputusan untuk pergi berehat di suatu tempat. Tenghari kelmarin aku mengatur langkah membawa diri mengikut rasa. Mulanya aku balik kampung hantar beberapa benda kepada mak abah.

Kemudian aku menuju ke utara. Macam2 tempat aku bayangkan. Akhirnya aku ambil keputusan pergi ke Cameron Highland. Tempat sejuk sesuai untuk menenangkan jiwa. Aku sampai lewat petang. Ramai pelancong bercuti ke Cameron Highland sempena cuti CNY. Mujur dapat bilik berdekatan dengan pasar malam. Senang nak cari makan malam.

Selepas daftar masuk aku jalan-jalan di pasar malam. Cuci mata. Ada juga beli buah tangan sikit.

Malamnya susah nak lelapkan mata sebab terlalu sejuk. Makin lama makin sejuk. Mujur ada bawa lebih baju. Boleh la pakai 2 lapis dan kurangkan sejuk. Pukul 3.00 lebih pula ada sekumpulan india bergaduh. Punya la bising. Terganggu lagi tidur aku.

Esoknya tengahari baru aku keluar. Aku ke gerai jualan di atas untuk beli sayur dan buah-buahan. Mesti ada untuk mak tersayang. Baliknya aku melalui jalan Simpang Pulai. Tak berbaloi juga. Lebih jauh dan lebih lama walaupun jalannya elok dan boleh laju.

Walaupun tak berasa lega sepenuhnya tapi tekanan yang aku hadapi berkurangan.

Cameron Highland,, I will come again.

Sejuk sangat pada suhu ni. Tak tahu la macamana sejuknya kalau suhu negatif.

Ulasan

Catatan Popular