Pukung.
Mesti ramai yang tak tahu apa itu Pukung. Pukung merupakan satu kaedah menidurkan bayi di dalam buaian supaya bayi tidur dengan selesa dan lena. Perut bayi tak kembung. Bayi mudah kentut dan sendawa. Ia merupakan adat banjar. Orang lain tak buat pukung ni.
Masa aku cuti seminggu di rumah mak, aku tengok mak pukung anak abang aku. Dah lama mak tak buat. Cucu ke 11 baru mak buat. Pukung dibuat semasa bayi dalam pantang sehingga tempoh tertentu. Bayi dalam pantang mudah kembong, sebab tu perlu pukung. Kedudukannya sama dengan dalam perut. Jadinya bayi tak menangis.
Pukung.
Ulasan
Catat Ulasan