Kenduri Cukur Jambul.

Kenduri cukur jambul sudah sinonim dengan kamu melayu. Tidak kira orang jawa, banjar atau melayu, kenduri cukur jambul hampir pasti dilakukan semasa dalam pantang atau selepas pantang. Kadangkala kenduri tersebut di sertakan dengan aqiqah. Selain itu sesetengah orang turut mengadakan upacara memberi nama bayi dan berzanji. Macam2 cara kenduri cukur jambul dilaksanakan mengikut adat, keturunan dan citarasa tuan rumah.

Keluarga aku tak terlepas dari adat ini. Mak abah akan buat kenduri cukur jambul cucu2 mereka jika tiada aral merintang. Baru2 ni keluarga aku buat kenduri cukur jambul cucu ke 11. Anak kedua abang aku. Kebiasaannya keluarga aku cuma berzanji dan berdoa sahaja. Cuma ada ketika aqiqah disertakan.

Alhamdulillah walaupun terlalu penat, majlis bejalan lancar. Ramai juga tetamu yang hadir. Makan pula tak terbuang. Masih boleh beri bontrot kepada jiran2. Pertama kali aku tak basuh pinggan dan perkakas lain. Selamat kaki aku yang dah memang sakit.

Mak(tengah) bersama cucu ke 11 dan besan2.

Sebahagian tetamu wanita.

Sebahagian tetamu lelaki.

Abang Zaky, isteri & anak ke2.

Ulasan

Catatan Popular