Ustazah Mariahtol Kiftiah.

Seindah namanya, tingkahlakunya juga baik. Guru kesayangan ramai. Setiap muridnya pasti menyayanginya. Bila melihat raut wajahnya memang murid2 akan takut sehingga tak sukakanya. Tapi bila dah mula mengenalinya, rasa sayang akan mula berputik dihati.

Dah 15 tahun aku mengakhiri zaman sekolah dan bergelar bekas muridnya, cuma dia seorang guru yang sentiasa aku ingat, sayang dan doakan untuknya. Bila kita ikhlas dalam sesuatu perkara, orang lain akan mengingatinya sampai bila2. Begitulah keikhlasan Ustazah Maria dalam mencurahkan ilmu kepada murid2nya.

Ustazah Maria guru bahasa arab. Sebelum dia mengajar, cuma 2 orang je yang faham apa yang guru pelatih ajar. Selepas Ustazah Maria ambil alih, dalam masa 1/2jam je kami faham. Hebat kan dia.

Petang tadi masa aku dirumah mak, aku dikejutkan oleh bunyi hon kereta Ustazah Maria. Guru kesayangan aku yang hon aku. Gembira tak terkata. Sayang Ustazah sangat2.

Ulasan

Catatan Popular