Mencuba Di Tempat Orang.
Dah setahun aku tak menurunkan ilmu kemahiran yang aku ada. Rindu juga nak mengajar. Kerja aku terberhenti selepas Kerajaan Negeri Selangor menubuhkan Pusat Wanita Berdaya(PWB).
Walaupun aku sudah tidak berpeluang mencari rezeki dalam bidang kraftangan di Selangor, aku yakin dan percaya Allah sudah siapkan rezeki aku di tempat lain. Akhirnya aku mencuba di Negeri Pulau Mutiara. Penerimaan cadangan aku sangat baik. Mudah2an Allah membantu aku hingga selesai.
Semoga usaha aku dapat mewujudkan peluang rezeki kepada ramai wanita di Pulau Pinang selain mungkin menyelesaikan masalah peserta.
Ulasan
Catat Ulasan