Terpengaruh.

Akibat terpengaruh dengan iklan promosi kuruskan badan, aku dan seorang kawan membuat keputusan untuk pergi mendapatkan maklumat lanjut. Rupanya iklan tu hanya untuk orang yang betul2 kurus sahaja. Kalau yang berlemak macam aku kos paling bagus ialah RM12K ++, takpun RM7,800, atau yang paling murah RM5,600. Sikit je kan. Sikit la pada yang pendapatannya RM5K ke atas sebulan.

Masa nak sampai pusat tu perut aku tiba2 meragam. Macam petanda tak baik je. Pastu hujan panas lak tu. Petanda tak baik gak. Tapi aku buat juga analisis. Kolesterol aku tinggi, lemak memang banyak la. Melalui penerangan yang diberikan, aku dapat tahu apa yang aku perlu buat untuk kuruskan badan dan kembalikan bentuk badan aku kepada 5 tahun lepas.

InsyaaAllah lepas ni aku akan teruskan usaha untuk cita2 aku tu. Aku dah rancang sebaiknya dengan Kak Lin. Mudah2an berjaya.

Ulasan

Catatan Popular