10 Muharam & Bubur Asyura.

10 Muharam merupakan hari yang disunatkan berpuasa. Banyak kisah nabi yang patut dijadikan iktibar sempena tarikh tu. Antaranya kisah Nabi Nuh dan bubur asura.

Di Malaysia umat Islam tak lepaskan peluang buat bubur ni samada tepat pada tarikh 10 muharam atau dalam bulan muharam juga. Biasanya semasa di kampung aku tak pernah turut serta mak bergotong royong buat bubur asyura dengan ahli blok. Aku tak berapa suka bubur asyura tu sebab mereka gunakan rempah kari. Aku lebih suka rempah sup.

Tahun ni aku buat bubur asyura dengan Mak Ros. Kami buat berdua je. Alhamdulillah rasanya serba cukup walaupun kami puasa hari tu. Paling gelihati bila Mak Ros main game dan aku layari internet sementara nak tunggu bubur menggelegak, kami terbau hangit. Ingatkan bubur yang hangit sampai kami tukar kuali. Rupanya kacang yang kami rebus berasingan yang hangit. Habis hitam periuknya. Mujur masih ada kacang yang boleh diambil.

Apapun syukur kehadrat Illahi atas rahmatNya. Ramai yang dapat makan bubur tu walaipun kami masak tak banyak sangat dan semua puas hati dan ada yang bertambah.

Ulasan

Catatan Popular