Zulhijjah.

Dah masuk bulan zulhijjah. Sekejap je masa berlalu. Puasa Ramadhan pun belum puas lagi.

4 hari lagi wukuf di Arafah. Maknanya, jemaah haji akan berkumpul di Arafah. Mereka akan mula bergerak ke Arafah mulai hari Isnin.

Wukuf merupakan mmakna sebenar haji yang membezakan umrah dan haji. Seronok sangat tengok siaran langsung di Masjidilharam. Solat isyaknya, mengajinya, tawafnya dll. Kadang2 aku terasa aku dah menjejakkan kaki di hadapan kaabah.

Tahun depan aku nak menyertai lagi kursus haji. Mudah2an dapat pergi haji tahun depan. Aku berharap sangat Allah menjemput aku tahun depan.

Ulasan

Catatan Popular