Korban keluargaku

Alhamdulillah kelmarin selesai urusan korban aku dan keluarga. Macam biasa abah yang sembelih sendiri. Abah mewarisi cara sembelihan dari bapa mertuanya, bapa mak la tu. InsyaaAllah daging sembelihan akan lebih sedap dan tak berbau.

Kali ni adalah kali pertama aku korban dengan duit aku sendiri. Sebelum ni orang lain yang taja. Kali ni kami tak buat kenduri. Cuma doa selamat je. Tak ramai pun yang dijemput. Takut tak cukup daging korbannya. Syukur semuanya lancar walaupun lembunya lambat mati lepas sembelih. Lebih kurang 20minit baru mati.

Pelik juga kami yang berada di lokasi. Abah kata masa nak turun dari lori lembu tu susah nak diturunkan. Mujur masa nak didudukkan dia senang. Macam biasa, Wak Misron, Abang Fuad dan Wak Jupri yang kerja kuat untuk tumpatkan lembu dan melapah. Tak kisah la orang blok lain tapi kerja beres.

Alhamdulillah dengan rahmat Allah. Terima kasih semua yang menjayakan niat keluarga aku.

Lembu korban beberapa minit sebelum disembelih.

Selepas disembelih.

Proses memisahkan kulit dengan badan.

Abah sedang membaca niat@doa.

Semasa sembelih.

Ulasan

Catatan Popular