Baju Lagi

Sekarang ni fesyen baju tahun 60an hingga 70an keluar semula. Ramai yang berfesyen dengan baju ala2 saloma, terutamanya baju fesyen peplum yang digayakan masa hari raya.

Fesyen peplum pula sudah diubahsuai dengan pelbagai rekabentuk. Selain itu ada juga yang mengubah menjadi jubah ala2 peplum. Dah berbulan tengok orang bergaya dengan fesyen peplum, akhirnya aku pun buat jubah dengan citarasa aku sendiri.

Fesyen peplum dihiasi dengan manik atau renda. Biasanya renda dihiasi pada baju pengantin tapi sekarang ni dah tak kisah. Aku pula gunakan renda dan manik halus untuk menghias jubah aku. Macam biasa kain bidang 60" menjadi pilihan aku. Kain bidang 60" mudah direkabentuk.

Alhamdulillah akhirnya siap walaupun ada mood malas.

Sekali dah siap macam baju pengantin lak. Ntah bila nak pakai ni.

Ulasan

Catatan Popular