Air Tangan.

Hari Isnin dan Selasa aku masak dirumah. Dah beli lauk segar kena la rajin sikit ke masak.

Hari Isnin aku masak sup ikan merah dan kepah masak sambal kacang. Buahnya buah jambu madu.

Hari Selasa aku masak ketam masak sambal, telur masin, ulam kacang panjang yang dipetik di laman dan telur rebus. Buahnya buah kuini.

Puas makan air tangan sendiri, resipi ikut citarasa tekak sendiri. Makan kenyang, boleh ulang lagi.

Selalunya kalau balik kampung mesti nak makan air tangan mak. Hebatnya air tangan seorang ibu tiada tandingannya. Hari sabtu lepas walaupun aku beritahu mak aku akan sampai kampung dalam masa sejam, mak tetap berusaha masak untuk aku. Syahdu hati aku dengar mak kata dia masak untuk aku.

Semalam je tak masak sebab pening dan bahan tak cukup. Malas nak keluar 2, 3 kali, jadinya makan kat luar je. Senang sekali keluar.

Ulasan

Catatan Popular