Musim Haji

Musim haji dah bermula lebih kurang sebulan. Mulai kelmarin jemaah dari Malaysia terus ke Mekah. Tiada lagi yang turun di Madinah.

Malam tadi aku hantar bos kerja sebelum ni pergi haji. Ntah macamana sebak dada aku semasa berada di Kompleks Tabung Haji tu. Rasa nak turut serta semakin membuak2. Aku hanya berdoa kepada pemilik rumah suci itu agar aku dijemput kerumahNya.

Doa kena betul. Jangan doa minta duit. Minta kita sampai ke Batullahilharam itu. Ramai yang tiada duit Allah jemput juga. Ada yang melalui ibu bapa, adik beradik, saudara mara, kawan2 dan ada juga melalui orang yang langsung tidak dikenali.

Rezeki Allah bukan hanya duit, makanan dan pakaian. Allah berkehendak memberikan apa saja miliknya didunia ini kepada sesiapa saja yang Dia berkenan. Nasib kita la dapat apa. Tapi kalau nak apa2 kena minta. Caranya berdoa, berusaha, bertawakal dan bersabar. Kalau Allah tak bagi apa yang kita minta Dia pasti bagi apa yang sepatutnya kerana Dia maha mengetahui apa yang selayaknya kita perolehi.

Perbanyakkanlah doa. Sesungguhnya doa itu senjata orang Islam.

Ulasan

Catatan Popular