Cuti, Kenduri & Hari Malaysia.
Hari ni 16 September 2013. Sejak beberapa tahun lepas Malaysia mulai meraikan hari Malaysia. Aku sendiri tak faham apa maksud tersiratnya. Dah hari ni hari Isnin jadinya cuti 3 hari. Ramai la yang ambil kesempatan balik kampung dan pergi bercuti. Harga petrol naik bukan alasan rakyat Malaysia duduk dirumah semasa cuti ni. Tapi ramai juga yang duduk dirumah. Macam aku.
Hari sabtu aku cuma dirumah. Buat kerja di rumah je. Semalam pula aku pergi kenduri rumah sepupu mak dan mak angkat aku. Menu di rumah sepupu mak aku sedap. Alhamdulillah. Paling best ada pecal jawa. Aku kenyang sampai malam.
Hari ni lak aku ada temujanji. Ada beberapa urusan yang perlu diselesaikan.
Ulasan
Catat Ulasan