Aktiviti Awal Minggu.

Sebenarnya hari ahad adalah awal minggu bukannya Isnin. Ahad diambil daripada bahasa arab yang bermaksud satu. Manakala Isnin bermakna dua. Jadinya hari ahad adalah hari pertama dalam setiap minggu dan awal minggu bukannya hujung minggu. Hujung minggu adalah hari sabtu. Sabtu diambil daripada perkataan سبعة yang bermakna tujuh. 

Lupakanlah hal hari tu. Semalam lepas balik dari kampung aku pergi ke rumah kakak. Kebetulan kakak tak pergi mana2. Semua ada. Sabrina baru lepas periksa SPRA.

Lepas asar aku, kakak, Shafiq dan Adreana pergi Jalan Pantai Remis, Jeram. Kakak nak beli kerang. Kami beli lauk sekali. Petang ahad memang ramai orang dan meriah di sana. Ada yang berkelah, main layang2 dan makan2. 4 tahun lepas aku selalu juga bawa anak2 ke sana.

Lepas maghrib aku makan dengan Adreana. Macam orang tua si Adreana makan kerang rebus. Habis 2 mangkuk kecik. Itupun dia nak lagi. Shakir, Sabrina dan shafiq kena tolong kopek kerang. Duduk la bertiga beradik tu depan tv sambil kopek kerang. Kelat je muka kena tolong mummy. Shafiq sibuk suruh aku tolong.

Lepas isyak aku balik. Perut dah kenyang mata pun mengantuk. Alhamdulillah selamat sampai rumah. Sampai rumah kena la berkemas dulu. Lepas tu apa lagi... tidurzzzzz la.

Ulasan

Catatan Popular