Paip pecah
2 hari lepas paip saluran pecah di kawasan kediaman aku. Agak teruk sebab sebuah rumah penghuninya diarah pindah kerana air mengalir di dalam tanah di bawah rumah dan dikhuatiri tanah runtuh serta menyebabkan rumah roboh. Barisan rumah aku ni rumahnya dibina di lereng bukit.
36 jam juga bekalan air terputus. Hari pertama aku mandi di masjid. Hari ke 2 aku mandi dan bilas pakaian yang dah basuh di rumah mak angkat aku. Mujur la ada mak angkat yang baik dan dekat.
Risau juga tanaman aku akan mati kekeringan kalau lama terputus bekalan air. Lori tangki air lak sekali je datang. Dah la aku cuma ada 2 baldi saiz sederhana je.
Alhamdulillah Allah permudahkan urusan aku. Syukur atas rahmatNya.
Ulasan
Catat Ulasan