Langsir

Semalam aku bawa mak abah pergi Nilai untuk beli langsir rumah mak. Mak pilih sendiri kain,warna dan rekabentuknya. Menjahitnya tentulah aku. Aku kongsi dengan adik beradik lain untuk sponsor langsir rumah mak tahun ni.

Macam2 gak mak beli barang kat sana. Abah pun tak lepas beli kain untuk baju melayu dia. Itu mak yang jahit.

Balik kami melalui jalan dalam sebelum masuk lebuhraya di Sepang. Sebelum hantar mak abah balik kampung kami singgah Tesco Rawang. Depa ada nak beli. Barang lagi. Lepas tu kami makan dan solat di situ juga. Kemudian baru kami balik.

Sampai rumah selepas jam 10.00malam. Lepas kira ukuran langsir, mandi, solat dan belek barang yang kami beli aku borak dengan mak dalam bilik mak. Hampir jam 1.00pagi juga baru aku tidur.

Siang tadi aku dah balik. InsyaaAllah esok nak sambung menjahit sebelum buat langsir rumah mak.

Ulasan

Catatan Popular