Percutian di Medan.

Tak banyak yang menarik disini. Boleh juga disimpulkan tiada yang menarik. Tempat membeli belah pertama yang aku pergi adalah Pajak Ikan. Aku sampai hari ahad jadinya banyak kedai@toko yang tutup.

Orang kata di Pajak Ikan barang murah. Pada pengamatan aku tak juga sebab kualiti kainnya tak sebagus di Harison, KL. Aku sudah mempelajari mengenal kualiti beberapa barangan berkualiti, jadinya dapat la aku menilai kualiti produk disini. Tapi aku beli juga 4 helai kain meter untuk dibuat baju. Cukup la untuk raya nanti. Dah ada 6 pasang baju raya. Tahun ni 3 helai baju aku warna sama iaitu biru muda. Keadilan kan. Hahaha...

Hari kedua aku ke spa Lady Q. Setengah hari aku di sana. Pertama kali aku mandi sauna. Hampir setengah jam aku bertahan. Rupanya lama2 angin naik ke kepala jadi pusing kepala. Rasa nak pitam. Kemudian aku berlulur dan akhirnya aku buat facial. Puas hati dengan hasilnya.

Apa yang aku faham Indonesia merupakan kes rasuah ke4 tertinggi di dunia. Mana taknya dah la aku bayar untuk perkhidmatan spa dan beli barang. Boleh lak depa duit tip lagi, duit penatlah. Aku malas nak layan. Cuma di spa je aku bayar Rp10,000. Mulanya ku nak bagi Rp50,000. Lepas aku tanya kawan yang dah biasa aku bagi Rp10,000 je bersamaan RM3.60. Rupanya gaji pekerja disini sangat rendah. Lebih kurang 1/3 daripada gaji pekerja di Malaysia.

Hari ke3 aku ke Martisa. Rupanya peniaga ramai yang dah berpindah ke Pajak Ikan. Kedai pun banyak yang tutup. Lepas tu fesyen pakaian yang dijual bukan citarasa aku langsung. Dah tak puas hati aku kembali ke Pajak Ikan semula. Akhirnya aku dapat beli apa yang aku nak. Kain meter bersulam. Alhamdulillah. Dah dapat balik.

Medan, memang merimaskan keadaannya. Aku rasa aku takkan datang sini lagi. Di Malaysia terlalu ramai orang Indonesia, jadinya aku tak rasa aku berada diluar negara. Kemudian komunikasinya lebih susah dari aku berkunjung ke negara yang bahasa komunikasinya bahasa inggeris.

Maaf ya Indonesia. Saya tak boleh katakan ianya seronok.

Ulasan

Catatan Popular