Biasa je.
Kononnya pergi bercuti di Medan sebab nakkan berehat tanpa gangguan telefon. Memang telefon tak ganggu tapi bosan. Aku tak rasa pun aku di luar negara. Dah berpuluh tahun Malaysia dibanjiri warga Indonesia tambahan pula terlalu banyak drama dan filem Indonesia di Malaysia menjadikan aku rasa maaih di Malaysia. Penerbangannya pula tak sampai sejam.
Sepanjang berada di sana aku agak kebosanan kerana tiada kemajuan yang lebih baik dari Malaysia aku lihat melainkan kebersihan dan sistem keselamatan saja. Pengawal keselamatannya berpakaian segak dengan wajah yang serius.
Pemandu pelancong rombongan aku pula banyak juga ceritanya. Ada juga perkara baru yang bermanfaat yang aku pelajari.
Barangan di sana kebanyakkannya lebih mahal dari Malaysia. Mujur aku tak bercadang nak membeli belah. Cuma nak beli baju raya je.
Ini je yang menarik perhatian aku. Papan ucapan. Di Malaysia kita guna kad ucapan.
Ulasan
Catat Ulasan