Panas.
Hari ni cuaca agak panas. Disebabkan malam tadi aku tak dapat tidur, lepas solat subuh baru aku tidur. Sempat gak la siram tanaman dan masak nasi.
Azan zohor bangun terus masak. Lepas makan keluar ke Selatan tanahair. Ada jemputan makan2. Dalam perjalanan aku singgah di RnR Seremban untuk solat asar.
Macam biasa la, kalau nak solat semua orang akan pilih tempat yang sejuk iaitu bawah kipas. Aku pun sama. Kali ni sangkaan bawah kipas sejuk salah. Bahang panas terasa sangat. Umpama tepi api surau tu. Aku tak dapat bayangkan panasnya api neraka.
Panas didunia masih boleh cari tempat sejuk. Panas api neraka tak boleh nak lari kemana.
Ulasan
Catat Ulasan