Demam panas, batuk, sakit kepala.

Dah seminggu aku tak sihat. Awalnya demam panas dan sakit kepala. Petang jumaat pergi joging. Ingatkan boleh hilang sakit2 sendi dan terus baik. Lepas maghrib aku terus tak boleh bangun. Malamnya seram sejuk, lenguh2 satu badan n sakit kepala.

Kaki aku lemah sangat. Tak boleh berdiri lama. Aku makan ubat hurix je. Malamnya susah nak tido dan dapat lena 2 jam je. Jam 4.00pagi terjaga. Rendam kaki dengan air panas. Panas dalam badan hilang tapi kepala masih sakit. Siangnya tak larat pun aku buat2 sihat je.

Hari selasa aku balik kampung. Hari rabu aku pergi kebun n Kuala Selangor. Petangnya balik rumah. Punyalah lemah dan mengantuknya. Sakit kepala masih belum pulih, badan lak lemah longlai. Rasanya esok kena pergi klinik gak.

Ulasan

Catatan Popular