Out Station.

Sejak bulan November tahun lepas aku kerap keluar kawasan. Hampir setiap minggu. Kebanyakkannya ke Sabah. Sampai aku jatuh cinta dengan Sabah. Kalau aku kena pindah ke Sabah pun aku sanggup. Geografi Sabah sangat menarik perhatian aku. Aku betul2 terpesona.

2 minggu lepas aku selatan semenanjung, Johor. Jadual sangat padat. Semuanya kena selesai dalam masa dua hari. Punya la penat.

Hari minggu lepas aku ke Sarawak lak. Pagi aku terbang ke Miri. Petang aku terbang ke Kuching lak. Kali ni memang santai dan tenang. Tak serabut macam aku kena ikut rancangan orang. Sejak bulan Disember 2012 semuanya aku rancang sendiri, Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan sangat selesa.

2 hari lepas aku ke Sungai Udang, Melaka. Masa yang aku nantikan. Perjalanan ke sana aku pilih jalan kampung sebab aku nak selesa dengan pemandangan kampung supaya tak stress. Pemandangan hijauan pokok boleh menenangkan fikiran yang serabut. Hukum alam begitu. Sebab tu Allah menjadikan hujan untuk menyuburkan tumbuh2an dan manusia sangat memerlukan tumbuh2an untuk hidup.

Esok, InsyaaAllah aku akan ke Sabah hingga hari Isnin. Mudah2an segalanya berjalan lancar dan selamat serta dirahmati Allah.

Ulasan

Catatan Popular