Balik Kampung.

Semalam dan hari ni aku dapat rehat. Secara kebetulan saja selepas balik dari selatan tanahair. Sepatutnya aku sambung kerja ke utara tapi aku berjaya melepaskan diri.

Dah dapat cuti, aku ambil kesempatan balik kampung. Lawat mak abah. Dalam perjalanan balik aku singgah rumah Abang Pa di Bukit Sentosa, nak ambil tupperchef pan. Makan nasi kat situ.

Firas terkejut dari tidur masa aku sampai. Bad mood la dia. Rupanya marah aku lambat sampai, dia dah siap kemas baju nak ikut aku ke Sabah kononnya.

Masa aku dok borak dengan Kak Hajar tiba2 si Firas nak ikut balik kampung. Papa n mama dia bagi ikut. Seronok sangat la dia. Dah tu pula dapat pegang tablet aku tanpa gangguan. Sepanjang perjalanan tonton filem kungfu panda sambil mengaji n bercerita macam2.

Sampai kampung dia boleh cakap kat mak abah aku, "jangan terkejut". Maksudnya jangan terkejut dia datang dengan aku. Dari petang sampai malam dia takde banyak ragam. Merajuk pun xde. Makan nasi pun sikit je. Katanya kalau dia makan banyak nanti perut dia meletup.

Awalnya si Firas nak tidur dengan aku. Dah pejam mata boleh lak dia bangun tak jadi. Terus cari mama dia nak tidur dengan mama.

Macam2 kerenah anak2 buah. Belum anak sendiri lagi.

Ulasan

Catatan Popular